I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 15 Ogos 2010

Program Ihya Ramadhan

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini  Panitia Pendidikan Islam SMK Pangkor menganjurkan Program Ihya Ramadhan. Program ini dijalankan bermula 9 Ogos 2009 bersamaan 28 Syaaban 1431 Hijrah sehingga 24 Ramadhan 1431H.Pada 1 Ramadhan tuan pengatua telah memberikan sedikit tazkirah sebagai peringatan kepada semua warga SMK Pangkor. Antara aktiviti yang akan disediakan sepanjang program Ihya Ramadhan ini ialah:
1. Tadarus Al-Quran
2. Tazkirah dan kuiz Ramadhan
3. Pengedaran risalah/pamplet dan poster ramadhan
4. Siaran bacaan zikir munajat/hizib.
5. Membentang kain rentang dan bunting berkaitan ramadhan di persekitaran sekolah.
6. Tadarus khas guru dan kakitangan Islam SMK Pangkor.
7. Memohon sumbangan derma dari guru-guru dan pelajar
8. Majlis Sumbangan Hari Raya untuk anak yatim dan pelajar miskin.


Diharapkan dengan program ini akan mendapat nusrah daripada Allah sehingga dapat memberi impak yang positif terhadap pembetukah sahsiah yang baik sebagaimana tujuan Allah menjadikan Ramadhan sebagai madrasah tarbiyah ruhiyyah kepada hamba-hamba-Nya

Khamis, 12 Ogos 2010

Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan

Sedar tak sedar, kita dah pun masuk pertengahan bulan julai dan bakal menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Tema Hari Kemerdekaan 2010 ialah 1 Malaysia Menjana Transformasi. Tahun ini kita bakal menyambut Hari Kebangsaan Malaysia pada bulan Ramadhan.
Setiap 31 Ogos, negara kita menyambut hari merdeka dengan penuh meriah dengan perarakan warna warni, konsert artis, pertandingan dan lain – lain.
Setiap tahun, tema hari kemerdekaan sentiasa berubah dan jom kita imbas kembali tema – tema hari kebangsaan sebelum ini. Tema ini diubah mengikut situasi semasa kecuali tahun 1988-1989 dan tahun 2000-2006.

1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 Bersatu
1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000- 2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapian Diutamakan
2010 1Malaysia Menjana Tranformasi

Pada 13 Ogos 2010 SMK Pangkor telah membuat pelancaran bulan kemerdekaan yang ke 53 di peringkat sekolah.Ia bagi menyemaikan lagi semangat patriotik dikalangan guru dan pelajar sekolah selaras dengan hasrat kerajaan bagi memupuk semangat perpaduan dan cintakan negara.Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memeriahkan lagi sambutan bulan kemerdekaan.kerjasama guru-guru dalam menjalankan aktiviti bulan kemerdekaan diucapkan dengan ribuan terima kasih.



Jumaat, 6 Ogos 2010

Selamat menyambut Bulan Ramadhan

Salam

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam
Dari Chegu Ijam